Friday, July 19, 2013

Nuzul Al-Quran

24/07/2013 my baby sitter tak bolehnak jaga Aleesya sebab dia kena ke Hospital
chek up!.
then aku tengok kat buku lawatan klinik Aleesya pulak bertarikh 25/07/2013
adei.. kalau 24 cuti. 25 pun kena cuti jugak. cam no.

pas tu dok fikir la, mcm mana nak handle
hubby kerja malam, nak tinggal Aleesya kat dia.. kang dia tido mati 
risau pulak.

datang office tengok kalender yang lepak atas PC ni

Adei..25/07/2013 tu hari " Nuzul Al-Quran" la pulak.
Tapi... mcm mana boleh clash dengan date lawatan klinik Aleesya
Adik adik Misi tu tak check ke masa letak appointment date?
hmm.. kena call dorang tukar tarikh ni..

hubby pun dok pesan suruh aku call adik adik misi tu. Kang lupa pulak
mana tau boleh ubah ke 14/07/2013. tak yah la nak ambik cuti banyak kali kan..

Sampai kat office tadi dalam nak call klinik desa tu, aku terfikir pulak
kenapa tarikh 25/07/2013 tu bersamaan dengan 16 ramadhan
selalunya 17 ramadhan le Nuzul Quran kan..

compare ngan kalender satu lagi. lagi sewel.
hari sabtu pulak dah Nuzul Quran.

Last pergi korek kalender kat tempat my ex-klik tu.
mana tau kot kot ada tertinggal kalender kat meja dia ke hape ke..

Ha.. ko.. dah 26/07/2013 pulak kekdahnya tarikh Nuzul Quran.
hahaha...
wahai cik kalender, korang semua buat ai biol seketika okey!.


Tapi rasa mcm best la pulak. sebab jatuh on Friday.
cuti panjang la sikit kan.. sambung terus.


Note: Jangan percaya dengan apa yang kamu lihat. check betul betul!

Pakai Lipstik Batal Puasa

Sebenarnya dah lama aku tau benda ni.
cuma saja la nak mengingatkan yang lelain termasuklah sebagai rujukan anak anakku di masa hadapan.
Lagipun aku tengok ramai juga kaum hawa yang pakai lipstik
masa bulan puasa ni.

 

Aku pernah dengar seorang ustaz berkata.
Pakai lipstik tak batal puasa, tapi jgn telan lipstik tu.
mesti orang akan cakap.. dia pakai lipstik je, mana ada telan telan pun di bulan puasa ni kan..


Cara pemakaian lipstik yang boleh membatalkan puasa.

Begini ya, katakan sebelum pergi kerja si A telah pun memakai lisptik
bila kat office sambil bekerja Si A akan menjilat jilat bibir


sebab puasa bibir pasti akan kering.
Bila petang didapati lipstik di bibir si A telah hilang dari segi kelembapan dan warnanya
kemanakah liupstik itu pergi?
sudah pastilah ke dalam perut si A kan..
Ini kerana lipstik memang larut dalam air liur.


Ingin lebih jelas? baca seterusnya...

Soalan ini sering ditanya setiap kali Ramadhan. Sesetengahnya menganggap ia dibolehkan kerana gincu sekadar dicalit pada bibir dan tidak kurang juga yg mengatakan ia tidak dibenarkan kerana takut tertelan gincu khususnya apabila bibir kering, secara tidak sengaja kita cenderung melembabkan bibir dengan lidah.

Penceramah bebas, ustaz Zawawi Mohd Yusof, berkata..

Gincu boleh larut dalam air liur dan mungkin boleh menyebabkan puasa terbatal.Justeru beliau menasihatkan wanita mengelakkan memakai gincu ketika berpuasa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan puasa terbatal.

"Kalau boleh tidak payah pakai gincu apabila berpuasa. Apatah lagi gincu itu mempunyai perisa atau bahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal apabila ia larut dalam air liur dan kita menelannya.Begitu juga dengan pelembab bibir yg digunakan untuk mengatasi masalah bibir. Bibir kering memang biasa pada bulan puasa kerana tubuh kekurangan air. Ini juga adalah cabaran pada bulan suci ini" katanya.

Note: olehkah kita menahan diri dari menjilat bibir?