Saturday, July 13, 2013

Ecewah.. Over Nampak!

Sejak aku berumahtangga ni rasanya baru satu jenis kuih je
yang aku buat sempena hari raya.
lelainya tu main tunjuk tunjuk di malam raya.

ntah angin taufan mana yang tempias kena kat aku
tetiba rasa nak buat kuih raya pulak tahun ni. hahahaha...

semangat tak hengat pergi tesco beli bahan bahan.
dah gugel nak buat satu kuih tu.. tak leh bagi tau la
nanti tak menjadi wat malu jerk. kikikikik...

 
beli sebahagian je ni, yang lain dah memang ada kat rumah.
Saja le tak mau beli kat kedai jual pekakas kuih tu..

kalau beli kat tesco dapat point. dapat jugak la cash return.


ecewah ..semangat membeli ke semangat nak buat kuih ni?
tengok la nanti kan.. kalau rajin jadi kuih, kalau malas tepung tetap tepung lah sampai raya.
hahahaha.....


masa untuk buat kuih cuma sabtu ngan ahad je, kalau nak harap berjaga malam buat kuih
no..no..no... aku memang tak suka wat kerja memalam buta.
lain le kalau dah terdesak..


Note: Over sangat ni, bapa jenis kuih bleh dapat hah!