Monday, February 4, 2013

Nak main kejar kejar

Kalau nak ikutkan, Papa cuti hujung minggu sebulan sekali je
sedih tau, nak lepak lepak manja mcm orang lain tak dapat la 
Tak pe.. Dah Allah tentukan begitu
Harus Redha..
Janji kami masih boleh mengukir bahagia dengan cara lain.

Aleesya sej=karang duk belajar berlari kot
asyik nak berlari je kerjanya
lutut tu dah bercalar balar sebab   asyik jatuh je.
Abang tak mo layan sebab nak tengok view Jambatan ke dua tu
Then dok sibuk tanya tentang pantai Jerjak
yang di sebelah sinun..


Nun dia... jambatan ke dua yang tungguh hari je nak di cantumkan
Amirul ckp jambatan tu nak bercium tapi tak sampai sampai. hahahaha

ibu yg gedik lebih dari anak. hahaha

ok.. Aleesya dah start dah nak explore tempat ni
dah mula lari lari
risau la sebab ada batu besar..
Ok tempat yang rata mcm ni baru boleh lari lari
meh kita lari sesama..


Note: Kalau papa cuti memang best...
idak le ngadap TV je....



Tugasan: Perap Ayam untuk BBQ

Pagi sabtu tu, hubby ada tanya aku tentang cecara nak perap ayam
tak de la aku syak apa apa. mungkin ada org tanya kut ( dlm ati)
then petang tu, baru dia cakap yang dorang buat collection utk BBQ

So, tugas perap ayam tu, tugas dia le
budget semua 5 ekor ayam. aku pun tulis lah bahan bahan yg perlu dia beli.
malam baru nak ke Tesco beli ayam
pas tu pukul 10-11 malam baru nak balik.
dia pergi ngan kawannya je. aku tak ikut.

Sekali dia balik bawak 10 ekor ayam
ayam pulak tak potong lagi, sebab kat tesco ramai org
tak larat nak tunggu dorang potong, so beli la 10 ekor ayam tanpa di potong
walawei... 10 ekor nak kena kerat, pas tu basuh then last perap
tak tido la aku mlm ni..

sementara hubby dok potong ayam
aku wat bahan untuk perap. mesin apa yg patut.
dah selesai semua, pergi pulak cuci ayam tu

ayam dah siap di ketak bahan perap
sekarang dah mati kutu sebab peti ais tak muat
nak tampung 10 ekor ayam tu
lepas potong bagai ada la dalam 150 ketul.

last, masukkan dalam plastik besar
sumbat je dalam fridge
dah ok semua, pintu fridge pulak tak boleh nak tutup


jam dah 2.00 pagi, kami laki bini dah pening.
last, hubby dapat satu idea
tahan pintu fridge dengan tong gas
hahahaha...
kertas di lapik utk elak  fridge bercalar.

 hampir jam 3 pagi baru kami tidur
adei...


Note: time nak BBQ nanti, ada lagi satu masaelah.. hahaha...