Friday, January 6, 2012

Jambatan Cinta

Jambatan Hohenzollerbruecke di Jerman merupakan sebuah jambatan yang unik dimana terdapat ribuan kunci mangga pada pagar jaring yang melambangkan sebuah percintaan. Difahamkan mereka yang meletakkan kunci tersebut akan mengukir nama masing-masing terlebih dahulu sebelum mengunci mangga pada pagar jaring jambatan sehinggakan terdapat ribuan mangga disepanjang pagar jambatan ini menjadikannya sebagai sebuah jambatan yang istimewa.

kalau dodulu org suka tulis nama kat pokok
sekarang dah advance tau, beli mangga je
pas tu letak nama korang kat situ

wah wah.. leh bermanja manjaan
budjet romantik la tu. hiksss

wuits.. bukan mangga je melekat. sekali ngan org pun melekat jugak ke?


kaya la kan penjual mangga tu. Ni baru dinamakan merebut peluang yang ada
mesti mahal harga mangga tu.

biasa la kan nak sentimental value, mesti la mahal

agak agak nama korang ada tak kat situ?
itupun kalau korang pergi lockkan mangga kat sana le


dah nampak mcm satu hasil seni la pulak.

ada lagi ruang kalau korang nak lock kan magga kat situ


dari jauh nampak mcm handbag kecik kecik gitew.
ramai betul pasangan yang lockkan mangga kat sini
banyak betu pasangan bercinta

agak agaknya, lepas setahun dua datang balik sini boleh jumpa ke mangga korang?
hehehe...mcm mcm gelagat manusia dalam mengabadikan cinta.


Note:- Kau kunci.. cintaku.. di dalam hatimu ( ramlah ram)

Durian Coffee

Good morning!!! everybody
Hari ni, walaupun satu hari je kerja aku datang jugak
memang nak buat N3 ttg persekolahan Amirul
Tapi otak ni dah letih sangat bila dok ingat ttg proses kemasukkan sekolah tu

So, meh sini aku nak ajak korang try coffee ni
"Durian Coffee"

Masa pergi tesco kat Tengku Kudin that day, ada promosi coffee ni
masa aku try tu rasa ok jugak, pas tu hubby suh aku beli
hairan la aku sebab hubby bukanny penggemar kopi packet ni
Selalunya dia minum kopi "O" jerk
Nak ubah selera kot.


Ngantuk betul pagi ni, sebab bangun awal uruskan amirul ke sekolah.
Pas tu kena masak sarapan awal awal
sebab nak paksa Amirul makan & minum
Memang susah nak makan awal dia
walaupun dia minum 2 teguk air milo aku dah bersyukur
lama lama dia kan biasakan diri

untuk hilangkan mengantuk ku ini, aku bancuh
hmm... segar rasa bila dah minum coffee ni
memang rasa durian dalam kopi ni

Sapa yang masuk bilik aku ni, dorang akan ingat aku baru je lepas makan durian.
korang pernah try ke kopi ni?