Saturday, November 19, 2011

Remote Astro Punya Hal

Aku memang bengang ngan remote Astro ni

Asyik rosak je terutama kat tempat letak bateri tu

dia punya pin tu siap boleh tarik keluar lagi


dah berpuluh remote ni aku beli

ni ke strategi perniagaan? buat barang cepat rosak

So.. bila org beli sales pun mencanak naik

Kalau kat umah, kami 3 beranak ni asyik berebut channel

tapi yang selalu menang.Amirul la



Sekarang kemian lagi Si Amirul, dia siap bawak ke mana saja remote ni

kalau tengah tengok citer kartun tetiba nak kencing

ke bilik air le dia bawak. kejap ke dapur

kejap ke bilik tido




kekadang tu dia sembunyi kat celah sofa, celah kain, celah almari

sebab tak mo kasi papanya tukar channel bola

sampai cenggitu sekali pangai Amirul ni


Ada satu hari tu, dia dah sembunyikan remote

ntah mcm mana sambil nonton dia dah terlena

Bila dia lena jer, hubby nak le tukar channel

kejutkan Amirul tanya, selamba je dia ckp tak tau

Mirul lupa la letak kat mana

ya la kan.. tengah tido mcm mana nak fikir




cari la kami ni satu rumah tak jumpa jumpa

last layan jer la citer kartun tu kejap.

tapi tak puas ati, cari lagi..


cari sana sini.. last jumpa kat pelipat kain

dia selit kat celah celah lipatan kain baju

ambik ko




Sekarang kami dah tau. beli 2 le. kalau Amirul sembunyi

ada satu lagi. hehehehe...