Friday, January 21, 2011

Perjalanan Seterusnya..

Sebagai memenuhi permintaan Amirul, Kami dengan gigihnya mencari tempat orang menjual Bihun sup. Aku & hubby memang tak lapar pun.
Kena bagi Amirul makan jugak, bimbang ler, kalau demam tak nak makan,
jap lagi pengsan pulak.

Sampai jer bihun sup tu, Amirul terus ngap. Walaupun tak habis semangkuk
bihun sup tu, at least ada jugak kabohidrat masuk kat badan tu

Teh panas kegemaran Amirul. Cawan tu nampak klasik.
Tak boleh minum ais tau, sebab demam. Tapi, Aku suruh
tuan kedai letak air cond kat tepi cawan tu
sebab tu piring tu berair jer, sebab ketul ais dah cair ler..
ok, sambung makan lagi. Aku usha usha kat gerai sebelahan tu ada jual goreng pisang & kopok lekor.
Memandangkan aku ni agak tak lalu nak jamah nasi, makanan ringan ler yang aku
nampak. hehehehe..

Beli RM 2 hinggit jer. tu pun makan tak habis. Bawak balik pi bilik pun still tak
der sapa yg nak makan. Last cik garbage yg telan.


Kopok lekor ni nampak sedap. hubby yng nak sangat. Bila makan jer
rasa mcm tak bapa nak sedap.
last, jadi rezeki si..
kucing ni ha.. ok la kan. at least tak ler mebazir mcm gorpis aku tu.

Nota:-Nak kemana lagi lepas ni?, tunggu yer!!!!!

Ibu pergi jumpa Drakula ka?

Sejak dua menjak ni, aku berulang alik jer ke GH.
Sebab Amirul & hubby dah kena suspect Denggi
Bila ke sana, biasalah kena ambil sampel darah
Time darah Amirul di ambil, Amirul pegang perut aku ni kuat kuat
Cakap" Adik, abang kuat tau, abang tak sakit pun"
Sampai Nurse kat sana senyum senyum kambing di buatnya..

Alhamdulillah, semuanya dah sihat sekarang.
Maka tibalah turn aku pulak, nak gi Klinik Kesihatan sebab nak di ambil sampel darah untuk test HIV.( biasa lah org ngandung kan)
Then Amirul tanya: Ibu nak pi mana pepagi ni? Ibu nak pergi ambik darah.
Ibu nak pi jumpa DRAKULA ka?
hohoho.. kesitu lak Amirul ni.

Ha la.. Drakula kan isap darah, Misi tu dok ambik Darah Mirul, darah papa & darah ibu tu sama mcm drakula la.kahhhhh.. ada ka dia samakan cik misi tu ngan Drakula.

Bawa B'day Boy Jenjalan..

Hehehehe... lompat lompat lak story aku nih.
Excited nak citer ttg anniversary, terlepas lak citer B'day boy ni
Sebagai mengisi masa yang ada, kami bawa ler Amirul
jenjalan ke kawasan yang berdekatan
Sebelum gerak, wajib snap photo dulu yer. Amirul yang request nak photo chenggini.
hehehe...

Hehehehe... Ibu si b'day boy yang lebih lebih. B'day boy rileks jer. Tak per ar.. anggap la adik Amirul yang berphotog tu. Aku tumpang bosy jer. boleh gitew????

ahak... tetiba boyot aku terselindung bila pose chenggini. Nak kena pose chenggini selalu la. nampak kurus plak. wahhh.. pasan tak hengat!!!
Ingat ler.. dalam peyot tu pun nak posing gak tau.


Amirul mula keletihan, Nak ajak posing pun dia dah demand mcm mcm. Jap nak itu, jap nak ini.
Last request, dia nak makan rojak.
Ok lah nanti ibu & papa belikan k.

Dah tak larat nak jalan dah. Terus jer dia kecepuk kat parking lot tu. kwang... kwang..
apa lagi, tugas Mr. hubby ler yg nak kena kendong dia.
Wuits... naper snap bontot buyong lak ni???

Hai... sapa yang mintak & sapa lak yang bedal ni? Tengok ler kat kepala Amirul tu. Pak cik penjual rojak tu kasi lagi satu lidi. Yang tu ler untuk Amirul. hehehe..
Amirul makan sikit ja, dia syik cakap tak sedap jer.
Then, dia request bihun sup pulak..
ok.. ok.. b'day boy, nanti kita pergi cari bihun sup k.

Nota:- Kami gerak lagi ke satu destinasi yang lain. tunggu yer!!!