Friday, November 12, 2010

Best Moment!!! Hubby's B'day

emmm 11/11/2010 genaplah usia cik suami 33tahun. Dah makin meningkat yer. So.. dont naughty naughty .....

Ni ler sebenarnya aku celebrate kat Puncak Mutiara tu. Saja ku buat kejutan untuk suami. Memang dia tahu aku carry kek. tapi ku cakap yang kek tu untuk Nureen ( anak gieyana) kahhhhh... Bila sampai time nak potong kek ni ku ckplah ku buat special utknya. sebab kita sekarang sedang busy. Sonot tengok mukanya yang terkejut. Tapi still dok control depan Munir & gie. hikssss. MISI BERJAYA!!!!!



Aik.. apa yang aku belek belek tu.. ish susah sangat nak letak lilin ni. Pas tu pulak hubby & Munir tak merokok. Jenuh jugak la hubby berkawad kat counter sana nu mintak lighter. hehehe... dera sikit B'day Man nie...

hohoho.. closed up sikit kek ni. Bentuk chenta lagi tau. Last minit ku beli setelah gieyana confirm nak gi makan kat Puncak Mutiara tu bersama. hiksss.. teringat lak masa sesat tu husband gie tanya kat kedai tokey kedai runcit tu.. nak ke Puncak Mahligai...
Bila sesat, nama tempat nak dituju tu terus jadi lupa.... kikikiki

Time ni ler nureen & Amirul duk excited. Bukannya makan banyak mana pun. exited nak tiup lilin ja. Memang best la ku rasa. Sebab sebelum ni tak ajak sesapun utk celebrate b'day . Bila dah ramai mcm best jer ku rasa. Pas tu pulak Amirul & Nureen Sporting sangat.


Okey.. papa nyalakan lilin dulu yer. korang berdua tunggu jap .

one.. two.. three.. fuhhhh!!!! hohoho.. AMirul lak yang lebih lebih.


Last but not final ok. suapan dari aku utk cik abang... Semoga hubungan kami akan kekal manis
dan berkrim. Mcm kek yang aku suap untuk hubby ni. hiksss...
nota:- Happy B'day sayang.... Semoga panjang umur, murah rezeki, kekal baik cam ni sampai bila bila dan sayang T & anak selamanya. amin...
p/s. Nantilah ku N3kan gambor gambor makanan & menu yg kami makan k.tunggu...

Shamrin Meninggal Dunia..

Hujan pagi ni, menyebabkan aku datang lambat sket kat office. Biasa ler bila dah sampai office, on jer light FM Radio. Sambil tu dok gigih plan nak wat N3 tentang best moment yang ku telah janji yesterday... betul tak???


Sambil aku riki riki photo nak di upload, chewah... sampai jer office bukan nak start kerja. tapi nak start wat N3 pulak.

Tetiba jer aku dengar news tentang Shamrine Fotograph yg femes ngan lagu " Di Alam Fana Cinta" telah meninggal dunia akibat Heart Failure. Terkejut gak aku. sebab.....


( photo ni aku copy dari besutifulnara.com)

Recently jer aku ada baca ttg dia nak wat duet ngan salah sorang penyanyi pompuan. Tak caya aku ni. Then aku riki riki kat blog beautifulnara. Maka sah ler pendengaranku semuanya benar belaka. Alfatihah buat belaiu. Aku memang minat kat dia ni masa remaja dodulu la.
Sejak dia tenggelam dari dunia seni, aku pun mcm dah lupa lak sekejap. hiksss..
p/s. Kalau sempat ku buat N3 sambungan best moment tu yer. tunggu............

Cerita dari hubby..

Sebenarnya dah lama aku simpan gambar ni untuk di buat N3. Tapi tak sempat lagi. so, hari ni jer yg sempat rasanya. Lagipun mood raya still tak datang lagi nih. Memang tak der mood langsung.

Peristiwa ni berlaku di Teluk Tempoyak, kat area umah aku gak ler. Ala.. Teluk Tempoyak yang femes ngan Restoren Seafood. Dodulu aku rajin gak makan kat sana. Sejak rega makanan dah jadi mahal siut, aku tak mo dah makan seafood kat sana.. hehehe..


that day, ( tarikh lupa lak) hubby gi ler teluk tempoyak untuk bayar sewa umah. Tetiba tengok orang punya ramai berkumpul. Tengok apa la dorang tu ek? hubby pun jadi ler kay po chi kejap. gi join the club. sampai jer dekat ngan tempat kejadian, hubby terus ngeletor lutut...
nak tahu apa dia nampak? and apa yang orang ramai kerumun kat situ?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Sebuah keta Mercedes terjatuh kat dalam laut. Pemandunya meninggal. Alfatihah. Muda lagi pemandu tu, dengar khabar isterinya sedang mengandung. sian kan..

Melalui citer org kat situ, masa kejadian ujan lebat sangat. Then, Arwah terlupa nak bawak HP, masa keluar tu. then, dia patah balik,on the way dia drive back tu le, dia loss control then termasuk ke dalam laut.

Lagipun, jalan untuk ke Teluk Tempoyak tu memang bercuram & kona siku lagi tu. Kalau korang tengok bentuk jalan pun korang leh agak cam na keta ni leh terbabas masuk dalam laut.



note:- ku rasa memang tagis ler kejadian ni, tak terbayang saat arwah terperangkap di dalam keta yang dilimpahi dengan sair. Ya Allah cucurkan rahmat ke pada Arwah. Amin. AL-FATIHAH..