Monday, October 11, 2010

Tiada Sebarang Agenda....

Sebelum aku mengomel panjang, ku ingin memohon keizinan kepada pemilik pemilik asal gambar kat bawah ni utk di siarkan di blogku di mana kebanyakkannya aku ambik dari
http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=499556&extra=page%3D1 . Ni lah XTVT aku ujung minggu ni. NONTON TV!!!!!!

Tahniah buat Erra sebab aleesya menang. RM30k tu wow!!!

Yang lain tu gigit jari ar..

Ni ha.. anak Erra. Tapi aku nak gak komen kat sini. bukannya aku tak sokong atas kemenangan Aleesya tu. tapi aku rasa ada baby lain yang cute dari aleesya. wah statement jahat. Tapi dah dia menang nak wat cam ner kan.. kan...


Ni lak baby Enot. Cute.. biasalah budak budak semuanya cute. tul tak?



Baby abby. masa aku tengok kat TV tu mcm terselindung sikit muka anak dia.


hohoho... tengok si baby sabrina ni, memang aku kasi credit la kepada org yg snap photo ni. memang baby dia cute bebenor. kalau nak compare ngan baby Erra tu. aku bukannay bias atas keputusan juri tu. tapi bagi aku ler, Sabrina & baby dia lebih comel dan fesyen pun ngam gitew.


Nampak sangat la keputusan di buat bergantung pada glamour mak daripada cute anak tue. Tak semestinya mak cantik, anak pun cantik cam maknya jugak.


Anak si Rita ni pulak sejibik cam muka bapaknya. hoho.. besar nanti main bola cam daddy k.



wah murah rezeki gitew. Yang dukung pun ada yang dalam peyot pun ada. Tahniah tahnia, tenggelam pulak wajah comel anak dia disebalik kacamata itam tu.


anak lisdawati. tak tahu lak nama apa. mahap yer.
nota:= Eh.. napa lak aku letak N3 artis kali ni???? bukannya apa, sebab aku tengok anak sabrina tu cute sangat. comey lotey. geram ja rasa cam nak cubit pipi tu. Walau ko tak menang. tapi ko tetap menang di hatiku.....


Sepupuku Firdaus...

Sejarah ni tercipta pada 19/09/2010, di Baling. hiks.. cam nak karang citert sejarah malsyia lak. Inilah hari bersejarah wat Sepupuku Mr. Firdaus. Anak tunggal kepada mak cik aku. walaupun kami ni sepupu tapi kami jarang berbual. Bukannya apa, masa dan keadaan yg menybabkan hubungan kami jadi cam gini. Sejak aku berpindah ke KN, dia lak membesar menjadi tahfiz. Bila dah berjumpa semula. masing masing dah besau. dah jadi segan silu lak..


Hmmm... hantaran pun banyak gak. Ni ler yang sempat ku snap dalam kesibukan beramah mesra dengan sepupu sepapt yang lain. memang best giler. yer la bila berjumpaan memasing ada yang anak dara, anak teruna, dah berkahwin.. banyak tul citer nak di borakkan.


Dari jauh, tu sibuklah abang-abang soldier ni dok berbaris cum pedang bagainya, sebab nak sambut mempelai. Tapi kan... cm nak komen la sikit. kalaulah si pengantin pompuan tu pakai baju putih. lagi ler cantik!!!. Jahat aku noh. dok komen komen lak. maaf ya firdaus. jgn ler saman kak ana pulak.


Ni pun sepupu eden gak. wah abang misai sibuk melayan para tetamu. Muka ja garang. tapi langsung tak garang hiks...

abang abang soldier yang nak berbaris tu kena la dijamu dulu. mana tau sat pengsan masa perbarisan tu pulak. makan yer abang abang soldier. makan sampai kenyang. jgn malu malu.


tersenyum simpul pengantin tu, bila nak lalu kat bawah pedang. lalu jer wat dono. kalau korang tak nak lalu bior aku jer la yang lalu. wahhhh pasan tak hingat donia aku ni. kahhhhhhhhhhhh

mmmm... resipu sipu malu lak pengantin dua orang ni. sama cantik sama padan. semoga korang berbahagia hingga ke anak cucu. harap harap dapat ramai anak. Biar riuh rendah kat umah Mak cik Kiah tu.. theee.. theeee... jahat aku nyakat.




nota:- Aku mengharapkan hubunganku dengan keluarga sebelah ayah berkekalan selamanya, walaupun berpisah agak lama, moga moga dipertemuan yang akan datang kita akan menjadi lebih erat..