Wednesday, May 12, 2010

Musim Laici Ker?

Kelmarin, aku puasa. Cam biasa ler nak ganti mana yang tak ganti lagi.
Lunch time bos tanya tak makan ka? aku jawab ler aku puasa. Orang cina ni bukannya faham sangat tentang agama kita. Bila aku ckp puasa dia pun hairan. Kenapa bulan tak puasa tapi aku puasa pulak...
So dia tanya lagi.. petang nak makan apa-apa ka? No thanks.
Macam biasalah bos aku tu, petang jer dia akan pergi market kat Jalan 7. beli apa yang patut untuk anak isteri dia ler. Tak sangka pulak dia teringat yang aku ni puasa. Then dia beli lah buah Laici.. Hairan jugak. Sekarang musim Laici ke?


Aku syukur sangat. Rezeki dari Allah melimpah ruah. walaupun rezeki aku petang kelmarin dihulur oleh orang yang bukan Islam. Allah tu maha penyayang. Syukur aku ke hadrat ilahi. Aku berbuka puasa dengan kerongkongku disejukkan dengan buah ini.
Nota:- memang nikmat sekali pemberian Allah kepada hambanya.